Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat ke rumah Sayidina Fatimah r.a dan Baginda dapati Sayidina Fatimah r.a sedang menangis. Maka Baginda pun bertanya: “Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Fatimah?" Fatimah menjawab: “Wahai ayahku, aku menangis sebab letih yang tidak terkira ketika mengisar gandum(tepung) dan menyediakan keperluan rumah. Sekirahnya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang perempuan suruhan(pembantu rumah), itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku." Terdengar kata-kata itu lalu Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda, lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan “Bismillahi rahman nirrahim” (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi) Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar, lalu baginda pun berkata: “berhentilah kamu wahai alat pengisar.” Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkata-kata. Katanya: “ Demi Allah yang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dengan berita sebagai orang yang diamanahkan . Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak member jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka.” Berkata Rasulullah SAW: “ Kau adalah batu, namum kau takut pada api neraka.” Alat pengisar menjawab: “Wahai Rasulullah, aku telah dengar kata-kata ini dari Al-Quran: ‘Wahai orang yang beriiman, jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dank eras, tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan’.” Maka rasulullah pun mendoakan keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibrail a.s dan berkata: “Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan Maha Tinggi, mengirim salam penghormatan dan berpesan kepada engkau supaya membertahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahkan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah dan ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini.” Lalu disampaikanlah berita itu kepada alat pengisar itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda: “Wahai Fatimah, sekiranya bergitu kehendak Allah, nescaya pengisar ini akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darjatmu kerana tanggungjawabmu yang berat ini.” “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api nerakan, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.” “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.” “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.” “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang member makan makan kepada seribu orang yang lapar dan member pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.” “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut merekadan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memeharti.” (Riwayat Abu hurairah)